Skip to main content

5 TIPS PENTING PENGGUNAAN FB LIVE

Tapi, walaupun anda tengok macam senang je buat Fb Live tu - ambil fon, online dan record video, tapi ianya tak la semudah yang disangka. Anda kena ada strategi supaya apa yang anda kongsi semasa FB Live tu membuahkan hasil yang positif kepada bisnes. Macam mana caranya? Kita akan belajar hari ni.
#1 TAKTIK BUZZ MARKETING
Konsep taktik ni mudah saja - umumkan bila, di mana, dan apa topik yang anda nak bincangkan dalam FB Live tu. Dengan ini, audiens anda baca dan take note maklumat yang anda maklumkan tu. Lepas tu, anda pun kena bersedia la pada waktu yang ditetapkan.
#2 KELUARKAN SOALAN
Semasa rakaman FB Live ni, anda kena pandai untuk berinteraksi dengan audiens anda. Cuba minta mereka like atau komen semasa anda sedang merakam FB Live anda tu. Dan satu lagi tips yang selalu orang lupa buat adalah untuk sentiasa sebut semula apa yang telah dan akan dibincangkan supaya orang yang baru menonton tu tak rasa “lost” masa mereka tengok video anda. Dan lagi satu, sentiasa sapa audiens anda semasa anda sedang bercakap. Tanya la mereka faham ke tak, ataupun ulang semula mana-mana bahagian yang anda rasa perlu supaya audiens anda rasa anda betul-betul sedang berkomunikasi dengan mereka.
#3 JANGAN SYOK SENDIRI
Banyak video yang dikongsi ambil masa yang terlalu lama. Ada yang buat sampai berjam-jam! Pada mereka, lebih lama lebih baik sebab ramai audiens yang dapat join sekali. Mengikut pandangan kami pulak, durasi masa yang efektif adalah 30 minit. Dengan ini, anda boleh bahagikan masa kepada pendahuluan, beberapa isi penting dan penutup. Kita kena rancang perjalanan video tu supaya tak meleret sangat. Nanti takut audiens lari pulak bila mereka rasa macam buang masa ke apa...
#4 RANGKAKAN ISI KANDUNGAN VIDEO
Seperti yang telah disebutkan tadi, KITA KENA ADA STRATEGI. Jadi sepatutnya sebelum anda guna FB Live, anda dah bersedia dengan isi-isi penting yang anda nak kongsi kepada audiens. Barulah video anda tu memberi kesan kepada audiens. Bak kata pepatah, kalau kita gagal merancang, kita sudah semestinya merancang untuk gagal. Mudah saja nak sediakan content untuk FB Live ni, carilah topik yang anda senang nak berkongsi. Kemudian, sepanjang sesi FB Live tu - ceritakan pasal topik yang berkaitan je supaya audiens anda tak bosan.
.
.
.
Ingat tau, FB Live ni adalah peluang terbaik untuk anda berinteraksi dengan audiens anda dengan cara yang paling mudah sekali. Cuma gunakan fon anda sahaja. Tapi, jangan membebel sorang-sorang pulak. Buat persediaan dan mesti audiens anda akan beri respon positif. Sampai di sini saja dulu perbincangan kita. Jangan lupa kongsi dengan rakan bisnes yang lain. Bye!

Comments

Popular Posts