Cucur Udang Untuk Minum Petang.

Kebetulan pulak hari ni Off day aku, pulak tu tak de rancang nak kemana2 pasal baru jer balik dari kerja malam. orang rumah pulak masih kerja lagi petang hari ni. Bosan2 dgn x de buat apa. teringin pulak nak minum petang, kalau minum kopi panas dapat pulak dengan cucur udang mesti terangkat. Tu yang gatal masak cucur udang tu. Amacam rupa dia macam kat gambar kat atas tu (Nampak macam sedap tak?) nak tau kene la cuba. Ok la kalau korang ada masa nanti masak la ye, Sebab senang jer. Modal tak banyak. Kat bawah ni ada saya bagi resepi dia dengan cara nak buatnyer:

CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

1.Tepung gandum dalam anggaran 1/2 Kg (500grm)
2.Yis kering (1/2 paket sahaja)
3.Daun bawang / Kucai
5.Udang (saiz mengikut citarasa)
6.Air
7.Sedikit gula & Garam
8.Minyak untuk menggoreng

Bahan sos ( Jika mahu, kalau tak ! pakai cili sos dalam botol OK je)

1. Cili boh / Kisar dalam 250grm
2. Air
3. gula & Garam
4.Minyak
5. Seulas atau dua bawang putih
6. Option (Bijan)

Cara penyediaan:

Terlebih dahulu bancuh yis di tempat berasingan letakkan sedikit gula dan tunggu sehingga kembang. sementara itu sediakan tepung dan bancuh bersama air, Bancuhan hendaklah tidak terlalu cair atau terlalu keras ( serperti buat bancuhan cekodok biasa) tambahkan garam secukup rasa. Hampir sempurna adunan masukkan yis yang telah kembang tadi.
Potong kucai / daun bawang dan masukkan bersama kedalam adunan serta gaul rata. setelah sempurna, adunan hendaklah direhatkan sementara selama 30 mnt - sehingga adunan kembang sekali ganda
( tips: Jangan terlalu kembang nanti bahan masakan akan jadi lembik dan bila di goreng akan menyerap minyak ).

Setelah cukup kembang, Boleh terus di masak. Cara memasak adalah mengikut citarasa anda samada terus skop menggunakan tangan seperti cekodok terus kekuali atau menggunakan sudu. Ingat jangan lupa letak udang sebelum masukkan bahan masakan kedalam kuali.
Sebagai tips; saya mengggunakan senduk sebagai acuan supaya kelihatan sama besar dan lebih cantik bentuknya. (ingat! panaskan senduk acuan kita kalau tak melekatlah nanti).

Cara membuat sos:

Panaskan sesudu minyak dan tumiskan bawang putih hingga keperangan,
Masukkan 2 cawan air dan tunggu hingga mendidih, setelah itu masukkan cili boh / Giling dan masakkannya sehingga masak tambahkan gula dan garam.
Pastikan gula lebih sedikit supaya terangkat rasanyer.
Akhir sekali taburkan bijan jika mahu sebagai hiasan.



Ok . . InsyaAllah sedap . Bacalah Bismillah dulu .

Selamat Mencuba !

p/s: orang rumah siap bungkus lagi bawak pegi keje. he he he :)

Comments

Popular Posts