Thursday, April 7, 2011
Baby Aleesya Dayana
Buatan Quswady di 10:07 AM 0 Komen Anda
Perginya seorang Rakan sepejabat
Perginya seorang Rakan sepejabat . Semalam 7-4-2011, Telah perginya sahabat kerja yang kami anggap seperti ayah, kerana usianya yang paling tua di kalangan kami.
Amin..
Buatan Quswady di 9:58 AM 0 Komen Anda
Monday, September 27, 2010
Menyambut "Ahli keluarga baru"
Rasulullah pernah bersabda “ Siapa yang baru mendapat seorang anak, lalu diazankannya ditelinga kanan serta diiqamatkan pula ditelinga kiri, maka anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan” (Riwayat al-Baihaqi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Tuhfatul Maudud, menyebut bahawa amalan ini mempunyai hikmat yang besar. Antaranya,
Selain itu, kalimah ini juga berperanan sebagai menghalau iblis dan syaitan. Syaitan sentiasa merancang dan mencari peluang untuk menyesatkan anak Adam. Namun, azan dan iqamah amat ditakuti mereka. Maka tindakan melaungkan azan dan iqamah itu sebagai gendang perang dan amaran keras ke atas syaitan supaya dia tidak mendekati anak itu.
Buatan Quswady di 9:50 AM 0 Komen Anda
Sunday, August 8, 2010
My 1st Anniversarry
dan yang paling best sekali, pada Ulang tahun kami ini juga, Alhamdulillah tuhan berikan kami rezeki, rezeki yang sememangnya kami nanti2kan. Alhamdullillah, Kami di kurniakan anak dan sah isteri saya dah mengandung. Alhamdullilah sangat2.
Bila di fikirkan, kadang macam tak percaya yang sekarang saya bakal menjadi Walid - walid kepada anak saya sendiri- syukur ya Allah. Semoga semua ini berjalan dengan lancar, dan Kau berikanlah kami kekuatan dan kemudahan bagi menjalani kehidupan. InsyaAllah.
Buat Isteri Tersayang " Affidah Abd Rahman" disini Di dedikasikan bahwa kasih & sayang abang kepadamu tidak akan pernah pudar- dan sesungguh nya sayang adalah pelengkap kepada hidup abang. I'll always loving you.
Buatan Quswady di 8:40 AM 0 Komen Anda
Thursday, June 17, 2010
Lagenda Budak Setan The Movie @ LBS
Baru-baru ni dapat peluang untuk menonton filem LBS, after watch this movie i have no doubt to say that LBS is one of the good movie, people out there should to watch this too. Filem ini yang di garap dari sebuah novel LBS hasil tulisan Ahadiat Akashah yang di tulis hampir 25 tahun lalu (jika tidak silap). Hasil karya yang amat agung dengan pembawaan cerita yang tidak memebosankan dan lebih2 lagi dilayar perak di pegang watak2 oleh pelakon yang tidak dapat disangkal kehebatannya dalam dunia lakonan.
Anda semua, harus tonton ini, jangan kata apa just watch it and komen. I believe your heat will feel diffrent after you watch this movie. bagi penonton wanita, Jangan lupa bawa tisu. coz my wife crying while watching this. . sedihhhhh.. and soo touching especially when the sond track really connected with the scene.
Happy watching !!!
Buatan Quswady di 8:36 PM 0 Komen Anda
Sunday, May 23, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Cucur Udang Untuk Minum Petang.
CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
1.Tepung gandum dalam anggaran 1/2 Kg (500grm)
2.Yis kering (1/2 paket sahaja)
3.Daun bawang / Kucai
5.Udang (saiz mengikut citarasa)
6.Air
7.Sedikit gula & Garam
8.Minyak untuk menggoreng
Bahan sos ( Jika mahu, kalau tak ! pakai cili sos dalam botol OK je)
1. Cili boh / Kisar dalam 250grm
2. Air
3. gula & Garam
4.Minyak
5. Seulas atau dua bawang putih
6. Option (Bijan)
Cara penyediaan:
Terlebih dahulu bancuh yis di tempat berasingan letakkan sedikit gula dan tunggu sehingga kembang. sementara itu sediakan tepung dan bancuh bersama air, Bancuhan hendaklah tidak terlalu cair atau terlalu keras ( serperti buat bancuhan cekodok biasa) tambahkan garam secukup rasa. Hampir sempurna adunan masukkan yis yang telah kembang tadi.
Setelah cukup kembang, Boleh terus di masak. Cara memasak adalah mengikut citarasa anda samada terus skop menggunakan tangan seperti cekodok terus kekuali atau menggunakan sudu. Ingat jangan lupa letak udang sebelum masukkan bahan masakan kedalam kuali.
Cara membuat sos:
Panaskan sesudu minyak dan tumiskan bawang putih hingga keperangan,
Masukkan 2 cawan air dan tunggu hingga mendidih, setelah itu masukkan cili boh / Giling dan masakkannya sehingga masak tambahkan gula dan garam.
Pastikan gula lebih sedikit supaya terangkat rasanyer.
Akhir sekali taburkan bijan jika mahu sebagai hiasan.
Ok . . InsyaAllah sedap . Bacalah Bismillah dulu .
Selamat Mencuba !
p/s: orang rumah siap bungkus lagi bawak pegi keje. he he he :)
Buatan Quswady di 11:58 PM 0 Komen Anda
Matahari Terbit dari Barat (NASA - Setuju)
NASA : Agensi Angkasa dari Amerika Syarikat bersetuju dgn hadis dari Rasullullah S.A.W dimana matahari pasti akan terbit dari barat suatu hari nanti, cuma pihak NASA tidak pasti bila?
Akhbar BUSINESS RECORDER dari Ka rachi telah menerbit satu artikel pada 9 April 2010 yang lalu dengan persoalan tersebut :
Antara Artikelnya menyebut :
"this weird phenomena of the opposite movement is called "Retrograde Motion" Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west!!This might occur soon and we are unaware! The rise of the sun from the west is mentioned in the hadith and this is the major sign of the day of judgement, most if not all, the minor signs have occurred. Wake up . . . . "
Untuk lebih lanjut sila layari web berkenaan atau *KLIK SINI* Business Recorder 9 April 2010
Buatan Quswady di 3:42 AM 0 Komen Anda
Sunday, April 25, 2010
Yummy . . .My Pasta.!
Emmm tengah melayan perasan boring semalam, tiba2 teringin pulak nak makan pasta. .wah nak jadi omputeh la pulak skali-skali. Apa lagi kami pun pegilah shopping tuk beli bahan-bahan nak buat pasta. . Macam la expert sangat nak buat pasta ni. Makan tau lah, uhuu. Fikir punya fikir last-last kami nak buat pasta tomyam . . bunyi macam sedap. . . Tgk lagi macam sedap (agaknye lah - cuba la tgk gambar kat atas tu!) nak tau rasa dia macam mane try la sendiri yerk . kat bawah ni saya bagi bahan2 cam ner nak buat .
- Sebahagian ayam di potong kecil (elok jika dibuang tulang)
- Seafood ( ikut rasa) tapi saya gunakan beberapa ekor udang
- Beberapa bahagian sosej ( 2 atau 3 - ikut rasa anda)
- Pasta - Bahan utama
- Perencah Tomyam
- 2 atau 3 ulas cili Api (cita rasa melayu)
- 2 Ulas cili Merah
- Sedikit Halia
- Bawang merah & Putih beberapa ulas mengikut citarasa anda .
- Garam & Gula secukup rasa serta bahan perisa
- Lada sulah atau lada putih ikut rasa
- boleh juga ditambahkan daun limau purut jika suka.
- dan minyak untuk menumis
- Sayur sebagai option sprti Asparagus / Kacang Panjang atau Putik jagung atau sayur lain mengikut kegemaran anda.
Cara Penyediaan.
Pasta hendakla didihkan bersama minyak sehingga empuk atau lembut, Gunakan minyak zaitun adalah di galakkan untuk lebih sedap dan lebih sihat. Setelah empuk toskan Pasta dan letak lagi sedikit minyak zaitun agar lebih cantik bagi tidak bergentel mi pasta kita nanti.
Bahan topping
Tumbukkan cili padi dan cili merah bersama bersama bawang merah & putih serta halia sehingga halus. Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga naik bau setelah itu masukkan perencah tomyam dan kacau lagi sehingga sebati.
setelah naik minyak masukkan Ayam dan gaul rata sehingga ayam menjadi empuk atau masak.Setelah ayam menjadi empuk masukkan bahan2 perisa garam dan gula juga serbuk perasa sebagai penyedap. kemudian masukkan sayur dan gaul sebentar hingga layu dan massukkan pula bahan seafood spt Udang dan sosej serta tambahkan dengan lada putih sebagai bahan perisa,gaul sebentar sehingga masak.
Hidangkan Mi pasta bersama bahan2 topping dan siap untuk di makan
Selamat mencuba ! em em : Kalau x sedap jgn Marah!
Buatan Quswady di 12:11 AM 0 Komen Anda
Sunday, April 18, 2010
Mentor VS Akademi Fantasia
Mentor kini kembali dengan musim yang ke-4. Barisan mentor seramai 6 orang dari kalangan artis tempatan telah ditugaskan untuk mencari bakat-bakat baru. Antaranya Mas Idayu sekali lagi masih diberi tanggungjawab untuk mencari protege-protege yang berbakat dan yang lain seperti Mus (May),Azmeer,Dayang Nurfaizah,Joe flizow dan Ziana Zain. Keenam-enam mentor ini terpilih mengikut kualiti tersendiri seperti mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian dan berkaliber sebagai tenaga pengajar. Setiap mentor akan mengajar seorang protégé sahaja mengikut kriteria yang diingini. Siaran Mentor kini sudah bermula dengan episod perkenalan pada 11 April lalu dan dimana semuanya kini telah bermula. Jangan lupa saksikan hanya di TV3, pada setiap Ahad jam 9 Malam.
Direct LINK to AF8:Akademi Fantasia Musim ke-8
Buatan Quswady di 7:36 AM 0 Komen Anda




