Baby Aleesya Dayana


Assalamualaikum,



20th Mac yang lepas, Alhamdullilah selamat anak kami dilahirkan pada jam 11.30pm di hospital Tengku Ampuan Rahimah KLANG.

Sebaik sahaja dilahirkan secara normal, Anak perempuan saya yang sihat ni, terpaksa ditahan di wad buat seketika waktu bagi menjamin keselamatan, Menurut doktor yang bertugas, Baby di syaki mengidap jangkitan kuman. Pasrah dan redha, saya menurut sahaja.Selama 2 hari ditahan di wad akhirnya keputusan ujian baby, Alhamdullilah semuanya dalam keadaan memuaskan. kami di benarkan pulang.

Dan baby yang comel ni. puteri ayah dan bonda, kami namakan dengan Aleesya Dayana. besar harapan ayah dan bonda dengan pemberian nama tersebut yang membawa maksud: Di bawah lindunganNya yang gagah perkasa.

InsyaAllah Aleesaya akan menjadi puteri yang baik untuk ayah & bonda.



Comments

Popular Posts