Mentor VS Akademi Fantasia


Mentor kini kembali dengan musim yang ke-4. Barisan mentor seramai 6 orang dari kalangan artis tempatan telah ditugaskan untuk mencari bakat-bakat baru. Antaranya Mas Idayu sekali lagi masih diberi tanggungjawab untuk mencari protege-protege yang berbakat dan yang lain seperti Mus (May),Azmeer,Dayang Nurfaizah,Joe flizow dan Ziana Zain. Keenam-enam mentor ini terpilih mengikut kualiti tersendiri seperti mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian dan berkaliber sebagai tenaga pengajar. Setiap mentor akan mengajar seorang protégé sahaja mengikut kriteria yang diingini. Siaran Mentor kini sudah bermula dengan episod perkenalan pada 11 April lalu dan dimana semuanya kini telah bermula. Jangan lupa saksikan hanya di TV3, pada setiap Ahad jam 9 Malam.


Dan dalam pada itu kerancakan AF atau Akademi Fantasia sudah bermula dengan siri yang ke-8, Siri pencarian bakat baru yang popular di Astro kini sudah pun di minggu ke-5. Konsert akademi yang bersiaran langsung pada setiap sabtu jam 9 malam telah menunjukkan bakat bakat mereka membawakan sebarang lagu mengikut genre muzik atau tugasan yang telah diberikan. Manakala penyingkiran akan di adakan di episod Debaran yang berlangsung setiap Ahad jam 9 malam. Dan Kini seramai 5 penyingkiran telah diadakan dengan 4 orang telah disingkiran dari akademi iaitu Shah,Ema,Anum dan Alif manakala tiada penyingkiran pada minggu ke-5.Biar apa pun debaran saksikanlah hingga ke episod final.


Direct LINK to AF8:Akademi Fantasia Musim ke-8

Comments

Popular Posts