MAMA I Love U !


Dugaan Allah sentiasa sahaja mengiringi kita bagi menguji kemampuan iman seseorang hambanya,



Now Playing : Selawat Syifa and Badwi Khas Buat Mama I Luv U. . .Semoga cepat Sembuh





Saat 5hb April lepas dalam jam 6 ptng saat tak terduga mama telah mengalami saat yang paling tak ku sangka, mama terlibat dalam kemalangan, sedih hati melihat mama tika saat di masukkan kedalam wad kecemasan, Mama segera dikejarkan kehospital setelah moto yang ditunggangnya telah dilanggar oleh van. semua ini adalah takdir allah, tidak perlu untuk aku mencari sapa benar dan sapa yang salah. aku cuma berdoa mama tabah dan aku juga tabah dan sabar dengan semua yang berlaku,

Saat cemas mama di dalam wad, sangat meruntut hati aku sehingga aku sendiri tak dapat menahan sebak melihat, melihat seorang ibu tua dengan badan penuh berlumuran darah, dan luka terdapat disetiap sudut badan mama, bengkak sana dan sini.sehingga raut wajah mama kadang tak dapat nak di camkan lagi, kesian sungguh mama, apatah lagi badan mama yang merasakan semua kesakitan tu,

Sayup-sayup terdengar ditelinga, mama tak putus-putus dengan kalimah ya Rab, kerana menahan kesakitan, hatiku bertambah-tambah tak tahan untuk melihat semua itu. . . tak kusedar airmataku mulai jatuh dan bergenang walau pun aku cuba untuk menahan, tapi hati sedih melihat mama tak dapat aku lagi tahan semua tu.

Saat jam 7.30 patang setelah semua selesai urusan untuk X-ray dan mencuci semua luka mama di wad kecemasan banting doktor mengesahkan semua keadaan tulang mama baik, tiada yang patah juga tendon tulang juga masih baik tiada yang berselisih.Alhamdulillah.

Tapi mama harus juga segera di kejarkan ke GH klang bagi pemeriksaan lanjutan berkenaan bengkak dikepala yang dikhuatiri terdapat darah beku di kepala dan juga keretakan di tulang kepala mama.tepat jam 8.30, Ambulan di kejarkan membawa mama ke klang bagi urusan X-ray dan Brain scan.

setelah menunggu untuk urusan di klang, akhirnya keptusan amat memberangsangkan bahwa mama bebas dari semua kemungkinan tadi, Ahhhh lega hati ini , syukur mama selamat, alhamdullillah ya Rab.

doktor membenarkan mama dirawat semula di hospital banting berikutan semua kes major tiada lagi disisi mama, Kini mama sudah di benarkan Pulang dan dengan keadaan yang sngat lemah mak berehat di pembaringan di rumah, tanpa dapat melakukan apa-apa dengan keadaannya yang sgt2 lemah.

Mama hanya mampu sekali sekala meminta bantuan untuk makan minum dan lain2, kesian sgt mama, dia yang dulunya kuat kini mama hanya mampu baring dan kadang terdengar keluhan sakit dari mulutnya,

Aku berdoa ya Allah berikan kebaikan keatas mama, berikan kekuatan dan kemudahan dalam segala urusan,!

Comments

Popular Posts