Sana,sini

Hari : Khamis
Jam : 6.13 Ptg
Tarikh : 11 Mac 2010

SANA-SINI ; APA YANG AKAN BERLAKU & SEDANG BERLAKU
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Tahukah anda, jika anda berada di Selangor apabila anda berbelanja di mana-mana pasar raya termasuk Mart di petrol stesen dan juga mereka yang menyokong kempen ini pastinya anda tidak akan di bekal plastik pada setiap hari sabtu:


Saya percaya mesti masih ramai yang tidak tahu, dan tidak juga kurangnya yang sengaja tidak ambil tahu. Pada mereka yang perihatin SYABAS diucapkan.


Kempen hari tanpa plastik ini di langsungkan pada setiap hari sabtu bermula Januari 2010, bertujuan bagi memelihara alam sekitar juga memberi kesedaran kepada semua tentang penjagaan alam sekitar.
Sebarang maklum balas kepada kempen ini atau kepada anda yang ingin tahu lebih lanjut sila ke webpage ini : http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsectiondetails&VsItemID=275&VertSectionID=373&CurLocation=481&DC=
" Marilah kita sayangi Bumi Kita"
Laporan Tamat . . .
Anda bosan untuk berada di rumah. berikut saya senaraikan beberapa acara yang akan berlangsung dalam masa terdekat. semoga dengan ini akan memberikan anda sedikit info.
ENJOY !

Karnival Sungai Klang 2010

Tarikh : 13 & 14 Mac 2010

Tempat : Taman Pengkalan Batu, Klang

*Sertai Larian Bandar Diraja Pada 13 Mac, pertandingan kayak, konsert dan lain-lain

---------------------------------------------------

Pertandingan Memancing Terbuka Selangor 28 Mac 2010

Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi - 1.00 Tengahari

Tempat : Taman Tasik Shah Alam

----------------------------------------------------------------------

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2010

kali kedua (PIHABF) akan diadakan pada 18-21 Mac ini,

di Monumen Alaf Baru Presint 2 .













Comments

  1. Padan Muka aku, Dah tau hari ni sabtu x de plastik, lupa plak nak bawak bakul pi shopping.
    . Pengajaran betul! lupa lupa lupa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts