Munajat Cinta 2




Dua Hari yang lepas ; berkesempatan aku bersama keluarga mentua serta isteri tersayang untuk pergi menonton wayang di Bukit tinggi Klang, Jusco. . cerita : KL Drift 2 . . .Em tapi disini saya tak nak cerita tentang filem yang saya tengok tapi tentang kesah hobi baru saya ini,
Membaca, Ya membaca. . .
Sekarang saya lagi asyik menikmati keindahan cerita dan kesah yang dikarang dalam novel yang berjudul Munajat Cinta Jilid 1. berbalik tentang kesah tadi, semasa dalam menunggu untuk masa tayangan bermula iaitu jam 3.30ptg. masa di jam tangan ku skarang menunjukkan waktu 2.30ptg
ooohhh, kita ada masa dalam satu jam lagi. lirih ku kepada mentua jugak isteriku di samping.
kat hati berdebar sebab tak sabar di kelapangan masa yang ada nak aku terus jejak kaki ke gedung buku yang menjadi kebiasaan aku membeli buku. .

hati aku berkobar untuk membeli satu lagi bahan novel untuk dibaca, sebab novel yang ada sudah hampir habis aku baca, hampir setiap hari aku membelek munajat cinta untuk aku baca.
hampir di setiap kelapangan yang ada aku akan penuhi dengan membacanya. .
asyik sekali aku membaca, tanpa sedar aku hampir menghabiskan kemuka surat yang terakhir.

sebab itu aku mula untuk mencari lagi novel yang sesuai untuk menjadi bahan bacaan yang seterusnya. tanpa lengah aku pun mencari di setiap ruang kedai buku tersebut, untuk mencari novel yang lain.

tapi kali ini aku lebih senang dan lebih selesa untuk mencari bahan, sebab aku sudah biasa dengan keadaan yang ada, malahan aku sudah ada fokus, tentang apa yang perlu akau cari juga aku sudah tahu tentang hatiku. aku tahu apa yang aku ingin baca.

sebaik sahaja aku menoleh di sudut bahan novel yang ada, langsung terus aku terpandang satu lagi buku yang bertajuk sama dengan apa yang telah aku baca, akan tetapi berbeza dengan bentuk muka kulitnya, terus tanpa fikir lagi aku ambil bahan tersebut dan ku baca sipnosisnya.
ooooo, ini rupanya jilid yang ke2, apa lagi terus aku mebelinya, ahhhh girang hati aku sebab ada jugak sambungan daripada apa yang akan aku habiskan kelak dari bahan bacaan aku yang terawal tadi.

**bagi anda yang belum membaca: jadikan lah ini sebagai panduan atau semangat untuk terus membaca,

Nama Novel : Munajat Cinta jilid 2
nama pengarang : Taufiqurrahman al-Azizy

Comments

Popular Posts