Munajat Cinta 1


I've got new hobby now. . But don know since when it was started.

dalam kira - kira seminggu yang lalu, entah kenapa dan bagaimana tiba-tiba terasa ingin sangat membaca, Mungkin sebab terlalu lama tidak membaca, al maklum lah dah tak belajar so minat nak membaca tu dah kurang sikit. Biar apapun tiba-tiba minat tu pun datang semula sekarang.

Tapi masaalah dia satu jer. minat dah ada tapi bahan nak aku baca pulak tak da. bila minat baru nak datang ni, so agak memilih bahan jugak la untuk dibaca sebab hati ini dah keras membatu untuk menerima ilmu, So saya buat keputusan untuk membaca! Novel, Emmm novel...fikir ku

not bad. seingat aku . . . selama ni pun aku tak pernah baca Novel; kalau setakat cerpen atau bahan yang lain tu memang sudah menjadi kebiasaan bagi ku.

Tapi novel apa yang nak aku baca, sebab aku tak tahu terbitan mana atau pengarang siapa yang harus aku pilih, sebab saya inginkan bahan yang terbaik dan bahan bacaan yang benar-benar berikan aku manfaat ketika aku membacanya..

Nak cari idea kat mana yer? mana lagi kalau tak isteri aku, sebab dia pun aku nampak banyak bahan bacaan seperti novel yang pernah dia sudah baca.Tapi. . ada jugak masaalah dia, sebab semua novel-novel tu semua berkisarkan tentang cinta. tapi apa boleh buat bila Novel dengan Cinta memang tak boleh nak dipisahkan.


So aku dan Isteri pun terus ke gedung buku, yang Popular di daerah Klang, Jusco. . masih jugak aku bingung nak pilih yang mana satu agaknye. sebab terlalu banyak novel. . aku belek satu demi satu, setiap novel yang ada. . Ku baca sipnosis setiap persatunya siap ku cari juga siapa pengarangnya juga terbitan dari mana. .

menurut isteri "cubala cari dari terbitan Alaf21 semua terbitannya agak memuaskan cubala cari dikalangan itu katanya". .

Saya pun mencuba mencarinya satu, emmm. . tapi aku masih rasakan tidak ada kepuasan setelah aku belek setiap dari satunya. rata-rata bahan terbitannya semua adalah berkisarkan tentang Cinta, cinta dan cinta. . .


sedang asyik leka dan tertalu memilih dan tanpa aku sedar sambail mebelek kesemua novel-novel yang ada, masa pun berlalu. Akhirnya aku harus buat keputusan, saya perlu jugak memutuskan satu Novel untuk dibeli, dengan pantas aku mengambil sahaja salah satu novel yang ada di salah satu sudut pameran buku-buku novel yang ada.

pelik atau tidak buku yang aku ambil tadi langsung tidak terlintas di kepala otak aku untuk aku membeleknya tadi, apatah lagi untuk aku kenali siapa pengarangnya dan juga siapa yang terbitkanya. malah sipnosisnya juga aku langsung tidak jengah.


sesampai dirumah aku letak sahaja novel itu di satu sudut sepi diruang kamar tidur. . setelah berlalu hampir dua hari, baru ku putuskan untuk membacanya. . ahhhh berat sungguh nak mula kan membaca ni. . . macam sahaja aku sedang mengayuh basikal menaiki cerun yang curam . . . terlalu berat tapi aku,namun aku usahakan juga. akhirnya aku habis baca sebahagian dari muka kata-kata aluan atau pembuka cerita novel itu. .


Tersentak aku, walau pun novel ini berjudul " Munajat Cinta" tak terfikir aku ia seperti novel-novel kebiasan tentang cinta, rupanya ia langsung berbeza dengan yang lain, novel ni mengisahkan tentang bagaimana seorang muslim atau muslimah untuk menempuhi liku-liku kehidupan di dunia dengan dugaan dari pencipta-Nya.


Bahan ini memang menarik ku, hati ku untuk membacanya. semakin hari makin aku tak sabar untuk menghabiskan setiap perenggan yang ada.

emmm kalau ko rang semua nak tau lebih lanjut cubalah baca novel ini.
harga tak mahal, tapi ilmu yang ada lebih mahal dari apa yang kita belanjakan.
harap anda smua dapat manfaatnye kelak.

Amin.
Nama Novel : Munajat Cinta Jilid 1
Pengarang : Taufiqurrahman al-Azizy

Comments

Popular Posts