Coretan

Hari : Khamis
Tarikh : 11 Mac 2010
Masa : 1230 Pg.


Aku Di Berada Di Ruang Ku . .Tempat Ku Bekerja.
--------------------------------------------------
Malam ini dingin sekali, Suasana di ruangan lobby juga sangat-sangat sunyi. Aku hanya khusyuk dengan segala repot-repot yang perlu ku siapkan, Di kotak fikiranku kalau cepat siap lagi senang
sebab saya tak suka nak bertangguh, cepat siap cepat la dapat nak rehat. Sibuk aku di hadapan komputer di ruang pejabat ini di front office, sambil aku mengetik papan kekunci untuk memasukkan segala data ke dalam repot-repot aku ni sambil di temani desiran angin yang dapat ku dengar di luar sana juga siulan cengkerik yang bersahutan.

Sibuk aku sendirian di ruang ini dengan sesekali terdengar deringan telefon. Panggilan dari kamar-kamar yang disewa pengunjung disini, dengan segala permintaan mereka akan saja aku layani. Kami ni 5 bintang, jadi mereka amat berhak mendapatkannya semula dengan apa yang telah mereka laburkan . bukannya murah untuk tidur kat sini, silap2 ada yang tak makan sebulan. Malam ni tidak berapa ramai. Cuma yang ada penyewa dari kalangan korporat, juga pelanggan tetap yang menginap untuk bekerja sementara di sekitar kawasan sini.


Sesekali terasa kebosanan, aku cuba hiburkan dengan siulan dari radio, tapi itu tidak lama. Kadang mata ini makin lama makin berat. Apatah lagi bila hari-hari semakin tak cukup tidur. Tapi semua tu kena aku redha. Suka atau tidak ini juga adalah jalan Allah untuk mencari rezeki.


Alhamdullillah aku masih ada ruang ini untuk ku hasilkan pendapatan.
Esok, Balik kerja seperti biasa. .Tidak ada lagi apa yang hendak aku fikirkan atau di rencanakan lagi tapi terpulanglah kepada keadaan . Aku tetap akan berharap semua yang aku lalui ini akan menjadikan aku lebih tabah dan lebih dekat kepada Allah.


Sekian . . .

Comments

Popular Posts