Cerita Tentang Jugra.

Bukit Jugra

Kalau korang ada masa nak datang banting, elokla korang singgah kejap ke Bukit Jugra yang terletak tak jauh dari pekan Banting. Kalau bawak kereta dalam masa 15 minit dah boleh sampai dah.

Apa yang ada kat sini?

Sebelum tu eloklah kalauu cerita kesah sejarahnyer dulu .kesahnyer macam ni

"Jugra terletak di Kuala Langat,Selangor,Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di pincak Bukit Jugra. Sampan , perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra. Bukit Jugra merupakan tempat strategi kerana berhampiran dengan laut, mengadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. 'Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya. Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan :
makam-
makan diraja Bangunan lama untuk pembesar dan kerabat diraja, Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia. 1976 pembinaan istana oleh Sultan Abdul Samad 1898 Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah. "

Petikan Dari Wikipedia .

Dan bila anda kat bukit Jugra ni, memang tak sah kalau melawat ke Rumah Api Bukit Jugra. Dari Atas bukit ni. Anda akan dilayan dengan pemandangan indah terus ke pantai Kelanang juga Kuala Sungai Langat .

Lagi Atikel Tentang Rumah Api Bukit Jugra :

" Rumah Api Bukit Jugra terletak di Bukit Jugra, Jugra, muara Sungai Langat, Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Koordinatnya ialah pada latitud 02° 50.1' Utara dan longitud 101° 25.1' Timur. Rumah api ini dibina oleh Jabatan Marin Malaysia pada 1976 bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutama yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang.
Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut. Lampu limpah yang digunakan ialah FI.W.10s "

Tapi bukit jugra dulu dan sekarang memang dah lain. Sekarang macam2 kemudahan ada. Tempat Parking, untuk berjoging, Tracking pun dah ada.

Anyway Guys. Selamat Melancong dan Selamat Datang Ke Banting dan Ke Bukit Jugra. . .

Ta ta ta ta . . .



Comments

Popular Posts