Coretan

Apa Yang Anda Akan Lakukan Jika ?

1 ) Sukar Untuk Tidur.

2) Hilang Selera Untuk Makan.

3) Bosan Untuk Berada Dirumah Seharian.



Jawapan : Bagi menjawab kepada soalan diatas atau juga pelbagai lagi soalan-soalan lain yang mungkin akan kita fikirkan adalah terlalu subjektif, dan bagi setiap seseorang itu mempunyai idea dan rencananya tersendiri dan dari keterlangsungan itu maka setiap insan dengan otak fikiran yang di berikan akan berfikir caranya tersendiri bagi mencari jalan keluar dalam menjawab persoalan tadi. Ini bermakna setiap dari kita pasti akan bersetuju dan tidak bagi setiap jawapan yang di beri, walau apa pun yang anda fikirkan. Itu adalah cara anda dan dengan cara anda itulah yang mampu memberi keselesaan pada diri anda sendiri . . dan jika difikir-fikir ada betul juga tag line yang di war-warkan oleh Raja lawak Astro Si Nabil ( Lu Pikirla Sendiri) . .
_____________________________________________
Kemana anda Ingin Bercuti ?
Dalam atau luar negara menjadi pilihan? Bagi saya, saya lebih gemar untuk melancong dalam negara.Bukan sahaja kos yang lebih berpatutan dan mudah juga adalah lebih baik kita terokai apa yang ada di negara sendiri berbanding di luar. Dalam Blog saya ini saya akan cerita serba sedikit tempat -tempat yang pernah saya lawati Juga berserta gambar jika ada. .
Bercuti di Luar Negara : Emmm ini juga adalah satu idea yang baik. Tapi kan cuma bagi yang mampu, tapi tak salah jika berusaha keras sedikit untuk menyimpan lalu pergilah melancing ketempat ada gemari. Tidak banyak negara yang telah saya lawati. Cuma berkesempatan ke negara jiran INDONESIA, Sempat saya berjalan di Kota sesak Jakarta, Ke Pekan Kecil dan pergunungan indah di Bandung, Bandung begitu indah dan nyaman keadaan sekiling yang miripkan Cameron Highland dimana anda anda menikmati keindahan ladang teh di sepanjang perjalanan pergi dan balik, disini juga saya sempat ke Chiater iaitu tempat mata air panas untuk mandi manda. . dan banyak lagi saya akan cerita kan . . ikuti kisah itu nanti. .

Comments

Popular Posts