Aku Bosan Sendiri

Hari : Jumaat
Jam : 03:30 Pg
Tarikh : 12 Mac 2010

Bosannya aku malam ni. Masih lagi aku kerja malam. masih juga aku berada di ruangan kerja aku. seperti biasa,seperti selalu dan seperti hari-hari yang berlalu sepi. Tapi malam ni saya rasa sangat jiwa saya kosong. Tapi aku sendiri pun tak faham apa sebenarnye yang tak kene dengan diri aku ni. Rindu pada sesorang,Mungkin juga. Tapi bukan itu rasanya.

Aku tetap teruskan kerja aku mcm biasa, Malam tadi member kerja balik lewat sikit so aku pun lewat sikit wat repot-repot aku malam ni. tapi aku dapat manage masa aku. So semua berjalan lancar. Macam selalu jugak aku akan pasang lagu2 yang menjadi kegemaran aku sebelum aku mulakan kerja. tapi malam ni beza sikit. aku ada secawan kopi panazzz . . menjadi teman aku malam ni. emm agak segar sedikit lepas aku menikmati kopi panas ni <>.

Semua kerja aku dah buat. semua repot aku dah selesaikan. Tapi masih jugak rasa x sedap kat hati ni. Entah la kenapa?. Tiba-tiba terfikir pulak, rasa macam nak mandi laut. bila ye kali terakhir aku ke pantai, mandi laut. . rasa-rasanye bulan 11 tahun lepas masa last sekali aku pergi cuti ke Terengganu. tu pun tak lama sebab aku pergi dgn mak mertua. masa tu pun singkat sangat sebab trip aku banyak nak buat kesana dan kesini.

Em teringat la masa cuti ke Pulau kapas tak pun Ke pulau pangkor. Best nyer dapat mandi kat laut,Berendam lama2, Dapat berenang2 ker tak pun main kayak ker..lama betul aku tak buat semua tu. Jadi aku rindu semua benda tu. At least kalau aku buat semua tu aku rasa dapat lepas tension aku. hilang sikit rasa boring ni.

Nanti satu masa aku nak arrange la trip ke Pangkor lagi. Nak bawak orng umah aku. boleh la honeymoon lagi. . he he he.

Ok la. nanti2 aku sambung lagi ok. . .

Esok. .Jumaat, Plan nak ke Umah kawan nak tgk baby. . aku ni bila la pulak ye. . member lain yang kawin kemudian dah ada baby dah . . Mintak2 tuhan bagila aku rezeki.

Ta ta ta ta . . :)

Comments

Popular Posts