Formula 1 . . . Deruman Enjin kini bermula . .
Sepang Circuit Track Days Sepang Circuit
Litar Lumba Antarabangsa Sepang
Memandangkan minat dunia yang semakin mendalam di dalam sukan bermotor, Malaysia kini mempunyai sebuah litar Formula 1 yang mencabar yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.Litar F1 Sepang mempunyai dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin. Sejak menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1999, Litar F1 Sepang telah menjadi salah sebuah litar yang paling terkenal di kalangan pemandu-pemandu F1.
Litar sepanjang 5.542km yang mengagumkan ini memaparkan 15 selekoh dan 8 jalan lurus. Perlumbaan Malaysia F1 Grand Prix Petronas mengumpulkan pemandu-pemandu terbaik dunia untuk bertanding di litar ini.
Tips -->Pastikan anda membawa losyen pelindung sinar matahari, air minuman dan topi!
::Sumber : mStar Online & Tourism Malaysia ; Terima Kasih.
Comments
Post a Comment