Cucur Udang Untuk Minum Petang.
CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
1.Tepung gandum dalam anggaran 1/2 Kg (500grm)
2.Yis kering (1/2 paket sahaja)
3.Daun bawang / Kucai
5.Udang (saiz mengikut citarasa)
6.Air
7.Sedikit gula & Garam
8.Minyak untuk menggoreng
Bahan sos ( Jika mahu, kalau tak ! pakai cili sos dalam botol OK je)
1. Cili boh / Kisar dalam 250grm
2. Air
3. gula & Garam
4.Minyak
5. Seulas atau dua bawang putih
6. Option (Bijan)
Cara penyediaan:
Terlebih dahulu bancuh yis di tempat berasingan letakkan sedikit gula dan tunggu sehingga kembang. sementara itu sediakan tepung dan bancuh bersama air, Bancuhan hendaklah tidak terlalu cair atau terlalu keras ( serperti buat bancuhan cekodok biasa) tambahkan garam secukup rasa. Hampir sempurna adunan masukkan yis yang telah kembang tadi.
Potong kucai / daun bawang dan masukkan bersama kedalam adunan serta gaul rata. setelah sempurna, adunan hendaklah direhatkan sementara selama 30 mnt - sehingga adunan kembang sekali ganda
( tips: Jangan terlalu kembang nanti bahan masakan akan jadi lembik dan bila di goreng akan menyerap minyak ).
Setelah cukup kembang, Boleh terus di masak. Cara memasak adalah mengikut citarasa anda samada terus skop menggunakan tangan seperti cekodok terus kekuali atau menggunakan sudu. Ingat jangan lupa letak udang sebelum masukkan bahan masakan kedalam kuali.
Sebagai tips; saya mengggunakan senduk sebagai acuan supaya kelihatan sama besar dan lebih cantik bentuknya. (ingat! panaskan senduk acuan kita kalau tak melekatlah nanti).
Cara membuat sos:
Panaskan sesudu minyak dan tumiskan bawang putih hingga keperangan,
Masukkan 2 cawan air dan tunggu hingga mendidih, setelah itu masukkan cili boh / Giling dan masakkannya sehingga masak tambahkan gula dan garam.
Pastikan gula lebih sedikit supaya terangkat rasanyer.
Akhir sekali taburkan bijan jika mahu sebagai hiasan.
Cara membuat sos:
Panaskan sesudu minyak dan tumiskan bawang putih hingga keperangan,
Masukkan 2 cawan air dan tunggu hingga mendidih, setelah itu masukkan cili boh / Giling dan masakkannya sehingga masak tambahkan gula dan garam.
Pastikan gula lebih sedikit supaya terangkat rasanyer.
Akhir sekali taburkan bijan jika mahu sebagai hiasan.
Ok . . InsyaAllah sedap . Bacalah Bismillah dulu .
Selamat Mencuba !
p/s: orang rumah siap bungkus lagi bawak pegi keje. he he he :)
Comments
Post a Comment